Sila Like

SIDANG MEDIA PPKSM

Satu sidang media Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) di pejabatnya di Bandar Baru Bangi pukul 12 tengahari 22 Jun 2021. Sidang media ini bertujuan menarik perhatian pihak pihak berkaitan dalam membantu kelangsungan perniagaan kantin sekolah yang terjejas teruk akibat pandemik covid 19.
Seperti yang saya laporkan dalam satu entri pada bulan November tahun lepas (baca di sini), nasib pengusaha kantin masih tidak berubah. Malah semakin terhimpit sehingga terpaksa gulung tikar selepas kehabisan modal dan ikhtiar (baca di sini).
Sidang media PPKSM
Presiden PPKSM, En Hamzah sedang berbincang dengan Pn Hjh Salmah selaku juru cakap pada hari ini
Menyedari dugaan berat yang dihadapi oleh pengusaha kantin, phak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi bantuan secara 'one off' sebanyak RM1,500 setiap kantin seperti yang telah saya laporkan sebelum ini (baca di sini) dan moratorium sewa kantin yang berakhir bulan Jun 2021. Ini bermakna pengusaha kantin perlu mula membayar sewa pada bulan depan walaupun tidak dapat berniaga.

Namun bantuan daripada KPM ini tidak memadai untuk pengusaha kantin memandangkan kerugian yang dialami terlalu besar. Kos kos lain seperti bil utiliti terus berjalan. Kos penyelenggaraan kantin juga bukan sedikit. Kos pekerja juga walaupun dikurangkan, tetap amat membebankan. Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional tidak diberi kerana pengusaha kantin berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Manakala bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) pun turut ditolak.

Justeru itu bantuan tunai secara 'one off' seperti tahun lepas adalah perlu diberi sekali lagi dan perlu ditambah jumlahnya. Permohonan PPKSM untuk melanjutkan moratorium sewa kantin perlu dijawab segera. Begitu juga dengan kontrak pengoperasian kantin yang perlu ditambah 2 tahun bagi menggantikan masa penutupan sekolah bagi tahun 2020 dan 2021 ini. Ini bagi memberi peluang pengusaha kantin meraih kembali modal yang telah dilaburkan.
Penyerahan memorandum dari PPKSM kepada setiausaha sulit Menteri Pendidikan dengan bantuan NGO Barisan Tolong Ummah pada 24 September 2020
Persatuan juga mempersoalkan tentang penyerahan memorandum PPKSM kepada Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin pada September yang diterima oleh setiausaha sulit beliau bagi pihak menteri. Sehingga kini belum ada respon terhadap memorandum tersebut. 

Tonton video sidang media PPKSM di page E-kantin.

Catat Ulasan

0 Ulasan