Nasib rakyat dan peniaga kecil termasuk pengusaha kantin sekolah di Pulau Pinang mendapat perhatian kerajaan negeri. Keprihatinan kerajaan negeri Pulau Pinang ini ditunjukkan melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1 yang keseluruhannya berjumlah RM8.41 juta.
Bantuan terkini dari kerajaan negeri |
Melalui bantuan ini, pengusaha kantin ditawarkan bantuan tunai sebanyak RM500 secara 'one off' sama seperti ketika PKP 1.0 dan PKP 2.0 Januari lalu. Ini bermakna, sudah tiga kali kerajaan negeri Pulau Pinang memberi bantuan kepada raykat yang terjejas akibat pandemik covid-19. Tidak keterlaluan jika saya katakan Pulau Pinang lebih terkedepan dalam menjaga kebajikan berbanding negeri negeri lain ketika PKP. Semoga keprihatinan ini menjadi contoh untuk diteladani oleh negeri negeri lain.
Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1 |
Diharapkan dengan bantuan ini, dapatlah pengusaha kantin bertahan sedikit masa lagi sementara menanti bantuan bantuan lain daripada (KPM) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekiranya ada. Ini kerana setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) telah pun membuat permohonan bantuan kepada KPM, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, semua kerajaan negeri dan semua majlis agama islam negeri. Diharapkan permohonan tersebut diberi perhatian sewajarnya. Ini kerana telah ramai pengusaha Industri Kecil Sederhana 9IKS) termasuk pengusaha kantin gulung tikar. Tanpa bantuan yang mencukupi, lebih ramai lagi yang akan terpaksa menutup perniagaan dan seterusnya menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan.
Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 pada bula Januari yang lalu |
Sekiranya ada mana mana pihak yang ingin turut menghulurkan sumbangan kepada pengusaha kantin, bolehlah menghubungi presiden PPKSM, En. Hamzah di talian 019-3871794.
0 Ulasan
Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.