Sila Like

MAIWP BANTU PENGUSAHA KANTIN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

   MAIWP hari ini menyerahkan RM1.2 juta kepada Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia untuk diagihkan kepada ahli ahlinya yang beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Melalui inisiatif ini, 470 orang pengusaha kantin dan 1,930 orang pekerja akan menerima RM500 setiap seorang secara 'one off'.

   Replika cek simbolik telah diserahkan oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. DAUD Bakar kepada Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, En. Hamzah bin Omar. Penyerahan replika cek ini turut disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary. Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, En Mohd Nizam Haji Yahya dan Pengurus Bahagian Baitumal MAIWP, En Ahmad Talmizi Yahaya.
Bantuan maiwp
(Dari kanan) Presiden PPKSM, En Hamzah, YB Datuk Hj Ahmad Marzuk dan Datuk Dr. Daud Bakar
   Bercakap kepada media, YB Datuk Ahmad Marzuk berkata, MAIWP menjalankan amanah yang diberi oleh pembayar zakat dengan baik dan sering menjadi harapan buat golongan yang terjejas mendapatkan bantuan. "Bantuan yang disalurkan ini bertepatan dengan keadaan semasa, di mana golongan yang disantuni ini sangat terkesan dengan situasi" tambah YB Datuk Ahmad Marzuk.
Sumbangan maiwp
Inisiatif dari MAIWP
   Inisiatif kepada pengusaha kantin dan kakitangannya ini merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan MAIWP bagi membantu meraka yang terjejas pendapatan berikutan Pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

   Melalui bantuan ini MAIWP berharap beban kewangan pengusaha kantin dan 1,930 orang kakitangannya dapat diringankan berikutan pengumuman kerajaan berkenaan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Setia Usaha PPKSM Pn. Siti Normah
   Tahniah diucapkan pada semua penerima bantuan ini. Saya (admin E-kantin) berharap lebih banyak lagi pihak yang akan memberi perhatian kepada nasib pengusaha kantin seperti kami di negeri negeri lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan