Seperti yang telah saya jelaskan dalam entri 'penjualan makanan dan minuman di sekolah' sebelum ini, hak menjual makanan dan minuman di sekolah adalah hak eksklusif kantin. Tiada sesiapa yang boleh menjual makanan di sekolah.
![]() |
Hak eksklusif kantin |
Dengan rancangan perniagaan yang dibuat secara teliti berdasarkan jumlah murid (pelanggan) seperti dalam surat tawaran sebut harga tender kantin, pengurusan kantin sekolah hanya akan berjalan lancar sekiranya jumlah pelanggan adalah sama seperti yang ditawarkan.
![]() |
Surat tawaran sebut harga kantin sekolah |
Bayangkan sekiranya ada 1,000 orang murid, hasil jualan dianggarkan RM2.00 didarabkan dengan 1,000 orng murid. Kos bahan mentah pula sekitar 60 peratus. Ini bermakna pengusaha kantin mendapat RM800 sehari setelah ditolak dengan kos bahan mentah. Daripada RM800 ini, pengusaha kantin perlu membayar gaji 7 pekerja sebanyak RM50 seorang sehari. Ini bermakna hanya tinggal RM450 sehari. Wang ini dikumpul selama sebulan kemudian wang ini perlu digunakan untuk membayar sewa kantin, bil elektrik, bil air, kos pengurusan sampah, kos pembaikan kantin yang rosak akibat vendalisme pelajar. Wang lebihan pula perlu disimpan untuk menampung kerugian ketika bulan Ramadhan, cuti sekolah dan ketika murid dicutikan untuk memberi laluan kepada perperiksaan besar seperti UPSR, PT3 , SPM dan STPM. Semuanya tersusun dengan baik. Namun sekiranya sebahagian (contohnya 300 orang) daripada 1,000 orang murid ni beralih menjadi pelanggan koperasi sekolah, adakah pihak kantin mampu menguruskan kantin seperti di dalam rancangan perniagaannya?
![]() |
Melanggar peraturan penjualan makanan dan minuman di sekolah |
Namun ada juga sekolah yang tanpa segan silu menjual makanan melalui koperasi atau kelab guru sekaligus mencabul hak eksklusif kantin seperti yang termaktub dalam Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah yang dimetrai bersama antara pengusaha kantin dan pentadbir sekolah.
Penjualan makanan dan minuman di sekolah oleh koperasi sekolah bukan saja menyebabkan berlaku pertindihan kepentingan antara kantin dan koperasi. Tetapi juga berlaku pelanggaran dengan Garis Panduan Koperasi Sekolah 2007 yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Koperasi juga jelas mengingkari arahan KPM melalui surat siaran KPM Bill 11 yang bertarikh 15 April 2013.
![]() |
Surat siaran KPM bil 11 bertarikh 15/04/2003 |
Setelah koperasi secara terang-terangan melanggar peraturan dan hak eksklusif kantin, apakah peranan guru besar / pengetua sekolah? Sepatutnya guru besar perlu memastikan semua warga sekolah mematuhi arahan kerajaan. Kegagalan pentadbir sekolah dalam menguatkuasakan undang-undang ini mungkin boleh menyebab intergriti pentadbir sekolah dipersoalkan.
Krebiliti guru juga dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid menepati perjanjian juga diragui. Bagaimana pula guru nak mengajar pelajar mematuhi peraturan sedangkan guru sendiri melanggar peraturan yang ditetapkan KPM? Malah ada guru koperasi yang menggunakan murid untuk menjual makanan di sekolah. Dapatkah kita bayangkan dalam usia semuda itu, anak-anak kita diajar untuk melanggar peraturan dan perjanjian oleh guru-guru yang kita harapkan untuk melentur jiwa anak-anak kita menjadi insan berguna?
![]() |
Bukan sekadar melanggar peraturan malah juga mengajar generasi muda untuk tidak menghormati peraturan dan hak orang lain |
Admin dengan rendah diri menyeru semua pembaca 'share' artikel ini di media sosial masing-masing. Sebarkan info ini kerana ramai juga guru-guru yang tidak mengetahui wujudnya peraturan penjualan makanan dan minuman di sekolah.
1 Ulasan
Lebih baik mulakan dengan aduan lisan. Terangkan dan bincang secara berhemah. Bukan semua pentadbir sekolah faham situasi pengusaha kantin. Malah ramai juga yang memang tak tahu wujudnya peraturan penjualan makanan di sekolah.
BalasPadamSekiranya aduan dan perbincangan tu tak berkesan, barulah hantar surat aduan rasmi ke sekolah.
Andainya surat aduan rasmi pun tak mendatangkan kesan, aduan boleh dipanjangkan ke KPM
Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.