Diharap jadi penyelamat tapi hampa |
Namun hampa. Belanjawan 2021 tidak memihak kepada 10,200 orang pengusaha kantin. Malah boleh dikatakan bajet 2021 ini adalah yang paling teruk dalam sejarah. Entah apa yang difikirkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhiyidin Yassin sehingga beliau menyifatkan Belanjawan 2021 ini sebagai yang paling ditunggu-tunggu oleh keseluruhan rakyat Malaysia.
Satu demi satu tindakan kerajaan sejak kemunculan pandemik 2021 ini seperti suatu komplot untuk menghancurkan perniagaan kantin sekolah. Satu demi satu pengusaha kantin menghantar surat notis penamatan khidmat kantin kepada sekolah kerana kehabisan wang simpanan untuk menampung kerugian dalam perniagaan kantin. Walaupun tindakan ini menyebabkan wang deposit tender kantin hangus, namun ramai yang nekad berbuat demikian kerana kehabisan ikhtiar. Yang masih bertahan, mengharapkan ada bantuan daripada kerajaan Ada juga yang mengharapkan kerajaan yang ada sekarang diganti dengan kerajaan yang lebih prihatin dan lebih bijak.
Admin dengan rendah diri merayu jasa baik semua pembaca 'share' artikel ini di media sosial masing-masing. Sebarkan info ini sehingga dapat dibaca oleh pemimpin negara.
0 Ulasan
Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.