Sila Like

PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH GULUNG TIKAR

Pengusaha kantin gulung tikar

    Di zaman pandemik covid 19 ni, sekolah antara sektor yang kerap ditutup. Ketika dibuka pun, SOP yang terlalu ketat amat membebankan pengusaha dan pekerja kantin. Ramai pekerja kantin yang berhenti kerana tak tahan bebanan tugas. Ini menjejaskan operasi kantin dan amat merugikan pengusahanya.

Keadaan diburukkan lagi dengan penutupan sekolah secara tiba-tiba dengan notis singkat. Ini menyebabkan kerugian besar bagi pengusaha yang telah membeli bahan mentah untuk tempoh seminggu. Perlu diingatkan bukan semua jenis bahan mentah boleh disimpan lama. Penyimpanan bahan mentah yang boleh disimpan lama pula seperti makanan sejuk beku pula memerlukan kos elektrik padahal sekiranya diberitahu awal, pembelian boleh dirancang, stok boleh dihabiskan dan elektrik boleh dimatikan apabila sekolah ditutup berbulan bulan.



Dalam tempoh 2 minggu ini pula, ramai pengusaha kantin mengeluh apabila arahan penutupan kantin diterima hanya beberapa jam sebelum sekolah sepatutnya dibuka. Banyak makanan seperti kuih telah disediakan namun tidak dapat dijual.



Lantaran kerugian yang berterusan ramai pengusaha kantin yang kehabisan modal untuk meneruskan perniagaan. Pilihan terakhir adalah menghantar notis penamatan kontrak kepada sekolah walaupun terpaksa kehilangan deposit sewa dan utiliti kantin.


Satu demi satu pengusaha kantin gulung tikar di seluruh negara. Anehnya tiada sebarang kenyataan daripada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) walaupun kebanyakan masalah berpunca daripada kelemahan KPM dalam menyalurkan maklumat dengan cekap kerap membuat u-turn dalam membuat keputusan membuka atau menutup sekolah. KPM dilihat cuba menutup mata dan berpura-pura masalah ini tidak wujud.

Justeru itu, pihak E-Kantin mengambil inisiatif mengumpulkan semua pihak yang kehabisan ikhtiar untuk meneruskan perusahaan ini supaya tampil bersama-sama menarik perhatian kerajaan khususnya KPM. Kita akan usahakan supaya semua pengusaha yang ingin menarik diri ini menghantar notis kepada sekolah secara serentak dan kita lampirkan salinannya kepada KPM.

Diharapkan dengan usaha ini KPM akan membuka mata dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membetulkan kegagalan menguruskan pandemik covid 19 ini.

Bagi pengusaha kantin yang berminat sila PM admin page E-Kantin atau whatsapp presiden PPKSM, En Hamzah Omar di talian 0193871794 untuk memberikan butiran anda. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pengusaha kantin.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. dalam masa sekarang ni akak kena cukai lhdn pulak yang tak berpatutan , sedangkan untung takde .

    BalasPadam

Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.