Sila Like

TENDER KANTIN KILANG

Pengusaha kantin yang terkesan akibat penutupan sekolah boleh mencuba nasib memohon tender kantin kilang. Ini kerana kebanyakkan kilang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 'Total' Lockdown ini.

Syarikat Central Medicare Sdn Bhd menjemput semua rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengendalikan kantin kilang yang yerletak di Teluk Intan, Perak bagi sesi 15 Julai 2021 hingga 14 Julai 2022. Kilang yang mempunyai kakitangan seramai 688 orang ini beroperasi 24 jam dan dibuka sepanjang tahun tanpa cuti semester. Perlu diingatkan, kilang ini mempunyai 2 buah kantin dan setiap pengusaha hanya boleh mengendalikan sebuah kantin sahaja di kilang ini.

Sewa yang dikenakan hanya RM500 sebulan termasuk elektrik dan air. Deposit dua bulan juga diwajibkan kepada penender yang berjaya. Pihak kilang juga menyediakan tapak perniagaan, kerusi dan meja.

Syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan juga agak mudah.
  • Setiap sebutharga yang dihantar hendaklah disertakan bersama-sama dokumen berikut:-
  • Senarai cadangan menu dan harga.
  • Salinan profile syarikat (termasuk borang 9, 24, 49 untuk Sdn Bhd atau Sijil Penubuhan Syarikat untuk pemilikan tunggal – SSM).
  • Salinan penyata kewangan 3 bulan terkini.
  • Salinan fotostat Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah laku (3 tahun dari tarikh menghadiri kursus)
  • Salinan fotostat Suntikan Typhoid.
  • Pegawai untuk dihubungi dengan nama, nombor telefon bimbit dan alamat emel.



Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi pengusaha kantin di Perak. Walaupun jumlah kakitangan seramai 688 orang itu perlu dikongsi dengan 2 kantin, sewa yang dikenakan agak murah dan telah termasuk elektrik dan air. Tanpa cuti semester seperti di sekolah, kita boleh berniaga sepanjang tahun. Ini membolehkan kita menawarkan gaji bulanan kepada pekerja pekerja kantin.

Namun perlu berhati hati dan mengkaji budaya pemakanan pekerja kilang tersebut. Jangan terlalu golojoh sehingga memerangkap diri sendiri.


Catat Ulasan

0 Ulasan