Sila Like

KANTIN SEKOLAH DI ZAMAN COVID 19

    Sejak dunia dilanda pandemik covid 19 penghujung 2019, perniagaan kantin sekolah di Malaysia agak terganggu tetapi tidak ketara. Keadaan ni berubah 100 peratus apabila Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 secara mengejut selama 2 minggu

covid 19
Covid 19

    Dengan notis singkat, majoriti pengusaha kantin tidak sempat menghabiskan stok bahan mentah yang ada di kantin. Namun kami akur dengan arahan kerajaan. Stok bahan mentah yang tidak tahan lama seperti sayur, telur, mee kuning, kueteow dan fishball disedekahkan kepada pekerja-pekerja kantin. Bahan mentah seperti ayam, ikan dan daging mampu kekal segar selama 2 minggu di dalam peti sejuk beku. Begitu juga dengan beras, bihun, tepung dan sebagainya.

Stok telur terpaksa disedekahkan untuk
mengelakkan pembaziran sia-sia


    Namun setiap kali tempoh 2 minggu PKP hampir berakhir, kerajaan menambah lagi tempoh PKP ini. Hal ini berlarutan sehingga sekolah mula dibuka secara berperingkat pada 15 Julai 2020.

beras berkutu
Akibat disimpan terlalu lama


    Tempoh cuti yang begitu lama menyebabkan hampir semua stok beras, tepung dan lain-lain mula luput tarikh dan tidak lagi sesuai dimakan. Makanan yang disimpan beku seperti ayam, daging dan ikan yang ada di kantin terpaksa dibuang kerana sudah tidak segar untuk dijual. Kerugian yang tanggung oleh setiap pengusaha kantin mencecah ribuan ringgit.

penyimpanan ayam sejuk beku
Akibat disimpan terlalu lama ayam
tidak lagi segar dan terpaksa dibuang

    Pengusaha kantin bukan sahaja kerugian akibat terpaksa membuang stok makanan yang disimpan terlalu lama. Kos menyimpan makanan pun terpaksa ditanggung akibat sikap kerajaan yang tidak berterus terang tentang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan hanya mengumumkan tambahan tempoh PKP di saat akhir. Ayam, ikan dan daging perlu disimpan di dalam peti sejuk beku industri yang banyak menggunakan tenaga elektrik di kantin. Perlu diingatkan, kantin dikenakan caj kadar industri yang jauh lebih mahal berbanding kadar domestik di rumah. Sekiranya kerajaan memberi arahan penutupan sekolah secara telus, kerugian ini boleh dielakkan.

Dengan notis singkat dari kerajaan,
meter TNB sentiasa bergerak pada waktu PKP

    Kami amat berterima kasih dengan keprihatinan perdana memberi pelepasan sewa kantin selama 6 bulan. Pelepasan ini ditambah 3 bulan lagi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun bantuan ini sebenarnya tidak memadai dengan kerugian yang kami alami. Permohonan kami untuk BPN yang ditawarkan kerajaan ditolak kerana kami memiliki syarikat yang berdaftar dengan SSM. Kebanyakan kami juga dinafikan bantuan GKP kerana hasil jualan kami lebih daripada RM200,000 setahun. Untuk pengetahuan semua, keuntungan pengusaha kantin hanyalah sekitar 10 hingga 25 peratus sahaja daripada hasil jualan kasar bergantung pada jumlah murid. 10 peratus daripada RM200,000 hanyalah RM20,000 setahun atau RM1,667 sebulan. Adakah ini jumlah yang logik bagi perniagaan kantin? Satu lagi alasan penolakkan permohonan GKP kami adalah kami mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja. Untuk pengetahuan kerajaan, sekolah hanya memperuntukkan 20 hingga 30 minit untuk waktu rehat murid. Kami perlu menyelesaikan penjualan makanan dan minuman dalam masa 10 minit sahaja. Masa selebihnya adalah masa untuk murid-murid makan makanana yang telah dijual. Penjualan penbagai jenis makanan kepada ramai murid dalam masa yang singkat memerlukan ramai tenaga kerja. Ini ditambah lagi dengan keperluan untuk mengasingkan murid mengikut jantina. Jadi syarat permohonan GKP adalah mengarut bagi kebanyakan pengusaha kantin.

bantuan prihatin nasional
BPN tak memberi manfaat kepada pengusaha kantin

    Setelah sekolah dibuka, kantin sekolah diberi SOP yang jauh lebih ketat berbanding restoran. SOP ini menyebabkan murid kurang berminat untuk membeli makanan di kantin sekolah. Ditambah pula dengan ramai ibubapa juga tidak atau kurang mempunyai sumber pendapatan di musim PKPP ini. Tindakan Menteri Pendidikan Malaysia Dr. Radzi Jidin yang menyarankan agar murid-murid membawa bekal juga menambahkan lagi kesusahan kami. Kebanyakan pengusaha kantin kehilangan 65 hingga 85 peratus hasil jualan berbanding ketika sebelum pandemik covid 19.

Banyak wang dilaburkan untuk menghias
kantin namun tidak dapat berniaga

    Pengusaha kerugian teruk. Bilangan pekerja dikurangkan untuk menjimatkan kos. Kantin kekurangan kakitangan untuk pengurusan kantin. Keadaan di kantin kurang terurus. Bil utiliti seperti air dan elektrik tertunggak. Pinjaman perniagaan juga tak mampu dibayar. Ramai yang berdepan risiko muflis. Malah ramai juga yang telah menghantar notis menarik diri daripada penyewaan kantin kerana kehabisan ikhtiar walaupun kontrak masih ada.

Pengusaha kantin berdepan risiko muflis - Hmetro (berita di sini)

    Belanjawan 2021 yang dilihat menjadi harapan terakhir juga akhirnya sangat mengecewakan. Nasib 10,200 orang pengusaha kantin dan lebih 100,000 orang pekerja kantin tidak dipeduli. Ramai yang berdoa meminta tuhan agar pembangkang berjaya menolak belanjawan 2021. Ramai juga yang berharap kerajaan yang ada sekarang digantikan dengan kerajaan baru yang lebih prihatin.

Harapan yang ternyata sia-sia

    Diharap kerajaan hari ini menukar fikiran untuk membantu kami mengharungi kesulitan yang kami tak mampu harungi.

    Admin juga dengan rendah diri memohon supaya pembaca 'share' artikel ini di laman sosial masing-masing. Semoga info ini dapat disampaikan kepada Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan semua rakyat Malaysia.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ya, semoga info ini dapat disampaikan.
    Harap-haraf PM, MP dapat mempertimbangkan Dan faham derita kantin sekolah, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Memang itulah harapan saya. Saya mengharapkan post ini viral barulah PM dan MP akan beri perhatian. Selagi tak viral, rasanya pemimpin atasan kita hanya anggap ini kes terpencil. Memorandum yang dihantar PPKSM awal bulan Oktober pun sehingga kini tidak dijawab

      Padam
  2. Semoga kita semua diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn. Tp kita x boleh berdiam diri. Kita kena berusaha sehabis daya. Selebihnya serahkan pada yang Maha Kuasa

      Padam
  3. Jangan nak puta puta lah pengusaha kantin 7ntung kecik sekadar dapat purata 1600 sebulan..
    Tiada siapa yang terhegeh hegeh berebut nak Masuk tender kantin kalu sekadar dapat sepertiuntung 20k setahun spy yang hang cakap.
    Alasan Basi lapokk gini semua orang dah hadam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la jd pengusaha kantin, bru hang tau mnda ni puta² ke atau nti kpla sndri trputatrputa... Hang igt kntin cm kedai mkn ka? Aym grg kt kedai rm3-4 seketul, kantin rm1.50 ja... Bila pandemik, 20%-30% ja yg mmbeli kt kntin,selebihnye bwk bekal atau mmg x makan da sbb wktu pmbelajaran pon da disingkatkan. Hang xtau ape yg hang ckp, hang jgn main lps ja... Rmai mohon jd Pngusaha kntin sbb apa? Sllunye mmg trdiri dr mreka yg mmg da ada backgrnd niaga lain². Cntoh, pniaga psr mlm. Dr dia niaga psr mlm, baik dia mohon kntin. 1) sbb pelanggan xlari 2)ujan ribut ka, sales ttp jln n xprlu khuatir brgan jualan basah/trbalik pukul dek ribut 3)xprlu nk angkut² brg nege 4)faktor untung rugi. Xde istilah alasan basi lapok... Sume nege nk untung. Bila jd cmni, umum jek trus tutup skola, kami pon xsempat habiskan bhn mentah kami. Payah ckp dgn org buta hati aiihhh

      Padam
  4. Cuba tuan baca betul² artikel saya ni. Untuk tu bergantung pada jumlah murid di sekolah. Kalau murid lebih dari 1000 org, memang kebanyakkan hasil jualan kami lebih dari RM200,000 setahun. Keuntungan majoriti kami juga lebih dari RM 5,000 setahun. Jadi secara automatik, kami tak layak mendapat bantuan GKP sedangkan kami antara golongan yang paling tertiñdas akibat cara kerajaan menangani pandemik covid 19 ini.
    Mohon tuan baca dgn teliti

    BalasPadam
  5. Selama ini sebelum zaman covid19, kebanyakkan pengusaha kantin yang mengusahakan kantin dengan murid lebih kurang dari 1000 orang, mendapat hasil jualan RM 500,000 hingga RM900,000 setahun. Manakala kuntungan bersih tahunan antara RM50,000 - RM90,000.

    Di tahun 2020 ni, ramai pengusaha dengan jumlah murid 1000 org ni kerugian antara RM50,000 hingga RM100,000 disebabkan pandemik. Keadaan diburukkan lagi dengan notis singkat dari kerajaan yang menyebabkan tidak dapat mengambil langkah-langkah penjimatan yang sewajarnya.

    **Anggaran kerugian ini hanya tertakluk pada kantin sekolah yang memiliki sekitar 1000 orang murid sahaja. Jumlah murid yang berbeza akan menghasilkan keuntungan/kerugian yang berbeza

    BalasPadam

Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.