Sila Like

SOP BARU KESELAMATAN MAKANAN DI SEKOLAH PERLU DIRANGKA

Sejak PKP di perkenalkan tahun lepas, sekolah telah ditutup untuk tempoh masa yang lama. Ini bukan sahaja merugikan pengusaha kantin tetapi juga menyebabkan ramai pekerja kantin kehilangan pekerjaan.

Setelah sekolah dibuka kembali, pengusaha kantin menghadapi masalah mencari pekerja baru. Banyak kantin menghadapi masalah kekurangan pekerja. Pekerja yang ada pun belum terlatih. Ini menjejaskan mutu perkhidmatan kantin. Setelah pekerja kantin semakin mahir, tiba tiba sekolah ditutup semula dengan mengejut. Pekerja sekali lagi kehilangan pekerjaan. Ramai yang serik untuk bekerja di kantin sekolah lagi kerana beranggapan kerja di kantin adalah antara pekerjaan yang paling mudah terjejas.

Keadaan ini pastinya menyusahkan pengusaha kantin untuk membuka kembali kantin apabila sekolah dibuka nanti. Kekurangan kakitangan pastinya menjejaskan kelancaran kerja kerja di kantin sekolah. Tenaga pekerja walau dikerah habis habisan namun perlu diingat, mereka juga adalah manusia biasa dengan tenaga yang terhad. Sampah mungkin lambat diuruskan. Air atau kuah yang tertumpah mungkin agak lewat dilap. Malah mungkin sawang di syiling tidak sempat dibersihkan. Pekerja juga mungkin lari kerana tak tahan dengan bebanan kerja. Di waktu beginilah inspektor kesihatan daripada Pusat Kesihatan Daerah datang menjenguk. Boleh sakit jantung pengusaha kantin waktu ni.

Saya yakin masalah ni akan menjadi masalah besar bagi kebanyakkan pengusaha kantin. Oleh itu saya merayu pada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk merangka SOP pengendalian kantin sekolah yang lebih mudah yang bersesuaian dengan situasi sekarang. Mungkin beberapa peraturan boleh diabaikan buat masa sekarang. Sekiranya PKD bertegas juga, ramai pengusaha kantin akan dikompaun sedangkan majoritinya sedang bergelut dengan masalah kewangan yang kritikal tanpa bantuan dari kerajaan. Ramai juga pengusaha kantin gulung tikar.

Saya benar benar mengharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat mempertimbangkan rayuan ini. KKM juga patut mengambil inisiatif memberi bantuan apron, papan pemotong, sabun basuh tangan, poster dan lain lain memandangkan pengusaha kantin pastinya kekurangan dana setelah lebih setahun menutup operasi.

Catat Ulasan

0 Ulasan