Sila Like

SEMUA SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR DITUTUP

Pkp selangor
    Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di 6 buah daerah di Selangor semalam yang berkuatkuasa bermula esok 6 Mei sehingga 17 Mei 2021. Daerah yang terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat. Bagaimanapun sekolah tidak diarahkan ditutup.
Namun surat yang baru diedarkan sekitar pukul 2 petang tadi menyatakan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Selangor diarahkan ditutup mulai esok termasuk yang bukan dalam kawasan PKP.


    Dengan surat rasmi dengan nombor rujukan JPNS.SPD100-1/9/2JLD.5(51) ini, semua makluman yang menyatakan sebaliknya adalah terbatal. Ini bermakna semua murid dan pelajar hanya akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 14 Jun 2021 setelah cuti semester pertengahan tahun berakhir.

    Diharap semua yang terkesan dengan penutupan sekolah bersabar terutamanya pengusaha kantin sekolah. Kita amat berharap PKP kali ini adalah yang terakhir kerana telah sekian lama kita kehilangan pendapatan.

Catat Ulasan

0 Ulasan