Sila Like

BANTUAN TUNAI UNTUK PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH 2021

bantuan tunai pengusaha kantin sekolah

    Berita baik untuk pengusaha kantin. Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) telah pun menghantar permohonan bantuan seperti moratorium sewa dan penambahan satu tahun kontrak penyewaan kantin kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain daripada itu, persatuan juga membuat permohonan bantuan kewangan kepada KPM, Kementerian Kewangan Malaysia, Perdana Menteri, kerajaan negeri dan majlis agama Islam di setiap negeri.

    Difahamkan setakat hari ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) telah memberi maklum balas positif. Wakil daripada pihak MAWIP dalam satu panggilan telefon ke Setiausaha PPKSM memaklumkan bahawa MAWIP bersedia memperuntukkan sejumlah wang untuk diagihkan kepada pengusaha kantin sekolah dan pekerja kantin sekolah yang beragama di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

majlis agama islam wilayah persekutuan
Bantuan kewangan MAWIP

    Bagi tujuan ini, PPKSM telah diminta untuk memberi senarai ahlinya yang sedang berniaga di kantin sekolah di Wilayah Persekutuan itu. Ini adalah bagi membolehkan MAWIP mengenalpasti pengusaha dan pekerja kantin yang telah dibantu menerusi Baitumal. Penerima bantuan Baitumal MAWIP mungkin tidak mendapat bantuan atau menerima sebahagian sahaja bantuan tunai yang akan diagihkan oleh PPKSM ini.

    Oleh itu semua pengusaha kantin terutamanya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan diseru menyertai Persatuan Pengusaha Kantin Malaysia bagi memudahkan persatuan menyalurkan maklumat dan bantuan tunai ini. Pengusaha kantin yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli (di sini).

    Bagi pengusaha kantin sekolah di negeri lain, diharap bersabar kerana kami sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dari segala sumber yang ada di Malaysia. Semoga masalah pengusaha kantin diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak pihak berkenaan.

    Kami juga berbesar hati sekiranya ada mana mana pihak yang sudi memberi apa jua bentuk bantuan kepada kami. Pihak yang berminat boleh menghubungi kami di email tokaykantin@gmail.com untuk dipanjangkan ke PPKSM.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.