Sila Like

JEMPUTAN KEPADA SEMUA PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH MENYERTAI PPKSM

    Persatuan Pengusaha Kantin Malaysia (PPKSM) telah ditdaftarkan pada tahun 2015 dengan nombor PPM-006-10-16112015. Persatuan ini ditubuhkan untuk menyatukan semua pengusaha kantin demi memperjuangkan hak-hak pengusaha kantin sekolah.

    Tidak banyak hak yang dituntut oleh pengusaha kantin. Namun hak yang dituntut adalah amat kritikal dan memerlukan perhatian daripada kerajaan. Antara yang paling hangat, ada warga sekolah (guru) dan koperasi yang tidak menghormati hak eksklusif pengusaha kantin untuk menjual makanan dan minuman disekolah seperti mana yang termaktub dalam perjanjian sewa kantin yang ditandatangani oleh pengusaha kantin dan pentadbir tertinggi sekolah. Hak eksklusif ini dilanggar sewenang-wenangnya tanpa menapat pembelaan daripada pentadbir sekolah. Malah di peringkat lebih tinggi juga kes sebegini dianggap terpencil dan tidak perlu dipandang serius walaupun kerap dilaporkan. Ini kerana kebanyakan pengusaha melaporkannya secara individu. Di sinilah kepentingan PPKSM walaupun sehingga kini belum ada penyelesaiannya.

    PPKSM juga telah memperjuangkan nasib pengusaha kantin yang terjejas teruk akibat penutupan sekolah kerana covid19. Permohonan persatuan untuk melanjutkan moratorium selama 3 bulan pada Oktober, November dan Disember 2020 telah diterima Kementerian Pendidikan Malaysia. Begitu juga dengan perlanjutan moratorium sehingga bulan Jun 2021 telahpun diperkenankan oleh KPM. Terkini persatuan sedang memohon agar moratorium ini dilanjutkan lagi sehingga Malaysia diisytihar bebas covid19. Ini kerana dengan SOP untuk kantin adalah terlalu ketat berbanding SOP yang ditetapkan untuk premis makanan di luar menyebabkan pengusaha kantin sukar meraih keuntungan. Keadaan ini diburukkan lagi penutupan sekolah yang kerap dengan notis yang singkat (rujuk di sini).

    Ada juga permohonan persatuan yang ditolak oleh KPM seperti yang terbaru, permohonan menyemak semula harga makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang ditetapkan sejak lama dahulu sedangkan harga bahan makanan telah naik berkali-kali dengan alasan, kementerian tiada peruntukan buat masa ini.

Berganding bahu dengan NGO lain

    Walaupun tidak semua perjuangan PPKSM berjaya mencapai matlamatnya terutamanya pertikaian dengan koperasi sekolah yang masih gagal diselesaikan, persatuan terus komited memperjuankan hak-hak pengusaha kantin melalui saluran KPM, media massa, media sosial dan kolaborasi bersama NGO lain.

ppksm
Hamzah Omar (presiden PPKSM) di BERNAMA TV

    Sejak penubuhan PPKSM, persatuan ini telah banyak kali menyuarakan masalah-masalah pengusaha kantin. Berbeza dengan keluhan pengusaha kantin secara individu yang sering tidak dipeduli, suara PPKSM sebagai sebuah persatuan bertaraf kebangsaan yang dianggotai oleh lebih 2,000 orang pengusaha kantin lebih dihormati. Namun jumlah ini masih tidak dianggap mewakili majoriti pengusaha kantin sekolah yang berjumlah 10,200 dari seluruh Malaysia. Ini menyebabkan masih ada pihak yang mempersoalkan perjuangan PPKSM. Justeru itu, PPKSM amat memerlukan penyertaan lebih ramai ahli untuk turut sama-sama memartabatkan imej pengusaha kantin sekolah.

Setiausaha PPKSM Pn Siti Normah


    Bagi pengusaha kantin yang berminat, sila hubungi setiausaha PPKSM, Pn Siti Normah binti Md Desa di talian 019-2811034 (whatsapp). Yuran penyertaan hanya serendah RM30.00 untuk setahun atau RM100.00 untuk ahli seumur hidup. 


Catat Ulasan

0 Ulasan