Sila Like

KELUHAN DAN CADANGAN SEORANG PENGUSAHA KANTIN KEPADA KPM

Tadi admin terbaca satu post dari seorang pengusaha kantin, En. Syahmi Sadzali yang meluahkan rasa hati yang terbuku tentang situasi yang melanda semua pengusaha kantin di Malaysia. Beliau juga memberi idea untuk membantu perniagaan kantin sekolah untuk KPM pertimbangkan.

Tak tahu la nak cakap mcm mana..Yelah suara dari golongan marhaen mana di dengar..Apabila dibuat begini banyak pihak yang terlibat lebih-lebih lagi pihak kantin dan bas sekolah.. Sy sebagai salah seorang pengusaha kantin terpaksa berdepan dengan kerugian dari semua sudut..

 

1. Income bulanan O..tak boleh nak niaga nk dapat income dari mana?nk buat foodpanda dan grabfood tapi tak dibenarkan atas terikat dengan perjanjian antara kantin dan pihak sekolah..Nak ajak orang luar makan di kantin lagi lah tak boleh klu delivery pon tak boleh..

 

2. Pekerja kantin berhenti.. siapa yg nak kerja kalau sekejap tutup sekejap buka pastu tutup balik?gaji dah tentu berdasarkan perniagaan kantin,klu kantin tak beroperasi mcm mana nak dpt duit pusingan utk gaji pekerja?akibatnya tak ada orang pon nak kerja kantin..

 

3. Cover kos perbelanjaan kantin akibat pembaziran..Bahan2 masak yang tidak tahan lama dah rosak..bila beli sedikit harga mahal,bila mahal makanan kamtin nak jual mahal?mana boleh nnt semua kecam makanan harga mahal..bila dah kanti tutup..freezer,chiller,lampu belakang kantin sentiasa ON..untuk menjaga barangan masak yg mungkin boleh bertahan..tapi bil eletriknya?bil industri tuan-tuan dan puan-puan,tariffnya tinggi dari kediaman..

 

4. Kos selenggara dan baik pulih..Akibat kantin tutup sentiasa,ada barangan yang perlu di basuh balik akibat berhabuk mcm perkakas memasak, pinggan, sudu, meja, lantai, dapur semua berhabuk..kang kalau tak basuh dapat nasi goreng berhabuk pakej sudu pinggan habuk sekali..semua nk cuci tu pakai air,pakai sabun,pakai tenaga bukan free ya..bil air kene bayar,sabun kene beli,pekerja kene bayar gaji..Tu belum benda yg rosak,mcm haritu freezer fius short,dah cuti mana perasan freezer tu off..akhirnya semua barang dalam freezer tu rosak..benda nak jadi kan..

 

5. Perjanjian kantin dan sekolah sekaang kekal tanpa berubah..tidak adil bagi sy pengusaha kantin yg baru berniaga kantin dari tahun lepas..dan tahun ini masih tak dapat untung..berbanding orang lain mungkim dah berpuluh tahun berniaga kantin..sy tk ada untung lgi?dah la tahun ni habis tender,pastu kantin tutup hampir setahun lebih..apa keadilan kat sini?orang cakap 'ala ko tu niaga kantin masyuk sehari dah boleh cover sebulan' cakap boleh,cuba buat la..sembang gajah pon blh terbang..

 

Apa yang dia atas adalah sebahagian dari yang sy hadapi dan mungkin sama dengan kebanyakkan pengusaha kantin lain..

 

Sy tak bagi keluhan tanpa cadangan,ini cadangan saya..

 

1. Pembelajaran PdPR di lakukan seiring dengan pembelajaran bersemuka..Maksudnya bagi murid yg mahu PdPR boleh join sekali dalam waktu pembelajaran bersemuka..ada murid lebih suka belajar bersemuka kerana mbuat lebih faham dan lebih berkesan..biarkan pilihan mereka..ada yg antara mereka di dorong kawan2 kelas utk lebih minat belajar..dan boleh buat LIVE waktu pembelajaran di kelas utk murid PdPR..element dan suasana kelas tu buatkan murid yg online lebih rasa selesa..

 

2. Cuti Semester,cuti penggal di awalkan dan menggantikan PdPR..cuti sekolah buatan mereka lebih tenang dan tidak stress walaupun duduk di rumah,dari duduk dirumah,terpaksa belajar online,terpaksa buat kerja sekolah online,tak faham terpaksa tgk video yg cikgu buat online,biarkan mereka berehat..dari buat PdPR pastu cuti penggal..sama duduk rumah belajar pastu cuti pon duduk rumah..baik tutup je sekolah..

 

3. Apa beza SOP luar sekolah dgn dalam sekolah? Di luar makan di meja jarak 1m..di kantin usahkan jarak 1m..10m pon tak boleh dibenarkan makan di kantin..Cikgu tidak dibenarkan makan di kantin,murid tak dibenarkan makan dikantin..kantin sebesar alam hanya dijadikan hiasan..kat bazar or shopping mall or kedai runcit boleh ada urusan jual beli..di kantin,murid dilarang berada di kantin,tidak ada sorang murid pon boleh beli di kantin,mcm kantin jual dadah je semua tak boleh,tapi depan pintu pagar sekolah,tu dia peniaga mcm2 jual sedap je tanpa ada orang marah..SOP tak sama..boleh bagitahu apa beza kantin dan pengusaha makanan lain diluar sana?kami di kantin siap ada typoid,ada kursus kendalian mknn,ada sijil latihan,dipantau kebersihan sentiasa oleh pihak kesihatan tapi masih dibuat begini..

 

4. Bantuan dikecualikan sewa dan Rm1500..bukan tidak bersyukur cuma bantuan tersebut kurang efisyen,apa lebih bagus jika bantuan dari sudut program2 yang berlaku di sekitar diberikan kepada pihak pengusaha kantin jika tidak semua separuh pon mungkin dah memadai..contoh program infaq makanan surau or masjid or anakyatim dan akan datang program raya boleh berikan kepada pengusaha kantin utk supply makanan bermasak halal dan dapatlah kantin pusing modal untuk bahan masak,kos liabliti,gaji serta untung..

 

Harap suara kecil ni dapat perhatian pihak sewajarnya.. Saya ada anak bini utk diberi makan,pekerja dan keluarga mereka untuk diberi makan.. Kalau bermanfaat..harap share

 

#doakansayadankeluargadipermudahkanrezeki

 

#dpermaisuricanteenohsem

 

Semoga keluhan dan cadangan ini sampai ke KPM

Catat Ulasan

0 Ulasan