Sila Like

SAH SEKOLAH DITUTUP SELEPAS RAYA

    Kementerian Pendidikan Malaysia hari ni membuat keputusan menutup sekolah selepas cuti Hari Raya. Keputusan ini dibuat hanya selepas beberapa jam Menteri Pendidikan menyatakan sesi persekolahan secara bersemuka akan diteruskan (rujuk di sini).

Cepat betul YB ni uturn

    Ini bermakna sekolah akan ditutup selama 5 minggu termasuk cuti Hari Raya dan cuti semesta. Sesi persekolahan yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 27 Mei bagi kumpulan A dan 17 hingga 28 Mei bagi kumpulan B hanya akan dilakukan secara PdPR.

    Keputusan KPM yang kerap berubah-ubah ini pastinya mengecewakan ramai pihak terutamanya golongan yang berniaga di sekolah seperti pengusaha kedai buku dan kantin.

    Pengusaha kedai buku dan kantin telahpun menggung kerugian ratusan ribu sejak PKP diperkenalkan tahun lepas (rujuk di sini). Kerugian pengusaha kantin bagaimanapun telah diganti dengan bantuan moratorium sewa kantin dan bantuan tunai sebanyak RM1,500.00 seorang. Bantuan ini bernilai kurang daripada 10% daripada kerugian yang dialami pengusaha kantin. Permohonan gantirugi atau geran bantuan yang setimpal dengan kerugian para pengusaha kantin dipandang sepi oleh KPM.

    Mungkin Menteri Pendidikan ni patut membatalkan sahaja semua kontrak pengoperasian kantin sekolah yang ada dengan bayaran pampasan yang setimpal. Tender kantin patut dibuka setelah Malaysia bebas daripada pandemik covid19 dan setelah KPM berjaya membuat sebuah taqwim persekolahan yang muktamad tanpa uturn lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan