Sila Like

PERLANJUTAN MORATORIUM PENGECUALIAN PEMBAYARAN PENYEWAAN KANTIN SEKOLAH DI BAWAH KPM

    

PENGECUALIAN SEWA KANTIN

    Berita baik untuk semua pengusaha kantin sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM akhirnya bersetuju memenuhi permintaan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) untuk melanjutkan moratarium pembayaran sewa kantin dari bulan Januari sehingga Jun 2021. Ini bermakna pengusaha kantin akan mula membayar sewa kantin bermula bulan julai 2021.

    Surat rasmi untuk edaran telahpun dikeluarkan oleh KPM sejak 15 Disember 2020. Diharap dengan pengecualian ini, beban kewangan pengusaha kantin yang terjejas teruk akibat kerugian terpaksa menjalankan perniagaan dalam tekanan SOP yang terlalu ketat selain penutupan sekolah sedikit sebanyak dapat diringankan.

Moratarium sewa kantin
Moratorium sewa kantin

    Namun perlu diingatkan walaupun tidak perlu membayar sewa, pengusaha kantin masih perlu kos-kos lain seperti gaji pekerja, penyelenggaraan kantin, bil utiliti dan lain-lain. Kos-kos ini masih mencecah ribuan ringgit sebulan. 

    Pengusaha kantin masih belum menarik nafas lega. Strategi perniagaan perlu dirancang dengan teliti. Malah ada juga pengusaha kantin yang telah merancang untuk menamatkan kontrak tender lebih awal sekiranya gagal mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) pinjaman Tekun atau MARA dan lain-lain.

    Walaupun hebat dugaan melanda, semoga ada hikmah disebalik ujian ini. Ingatlah bukan kita sahaja yang diuji tetapi hampir seluruh umat manusia turut terjejas sama.

Catat Ulasan

0 Ulasan