Sila Like

SENARAI 79 BUAH SEKOLAH DI SELANGOR DITUTUP

Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor telah diarahkan tutup selama 2 hari oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akibat penularan virus covid19.

Penutupan sekolah selama 2 hari adalah bertujuan memberi laluan kepada proses sanitasi. Dalam masa yang sama, penutupan sekolah memberi masa untuk Pejabat Kesihatan Daerah mengesan semua kontak rapat individu yang positif  covid19 dari kalangan murid/pelajar, guru dan semua staff sokongan sekolah.
Terdapat 18 buah sekolah dari PPD Petaling Perdana, 18 buah sekolah dari kawasan PPD Hulu Langat, 9 buah sekolah dari PPD Petaling Utama, 15 buah sekolah dari PPD Klang, 5 buah sekolah dari PPD Hulu Selangor dan 2 sekolah dari PPD Kuala Langat.

Ini bermakna pengoperasian kantin sekolah juga ditutup dan kembali dibuka pada hari Rabu 28/4/2021. Pengusaha kantin terpaksa akur walaupun telah menanggung kerugian sejak sekian lama (rujuk di sini).

Catat Ulasan

0 Ulasan