Sila Like

PENYIMPANAN MAKANAN DI PETI SEJUK

PENYIMPANAN MAKANAN

    Berapa lamakah makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk? Tahukah anda setiap kategori makanan ada had masa  yang boleh disimpan bergantung pada cara, bekas dan suhu penyimpanan.

    Bagi pengusaha premis makanan, ini bukanlah perkara baru kerana semua orang yang bekerja di sektor makanan perlu mengikuti kursus pengendalian makanan. Namun ramai juga yang ambil mudah selama ini. Bagi pengusaha kantin sekolah pula, terdapat pemantauan daripada guru kantin setiap hari bagi memastikan penyediaan, penyimpanan dan penjualan makanan mengikut SOP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengusaha kantin sekolah juga perlu menampal peringatan 'first in, first out' (FIFO) di dalam premis selain menyediakan jadual keluar masuk stok bahan mentah. Ini penting bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan.

simpanan makanan
Perkongsian dari PHM

    Baru-baru ini Public Health Malaysia ada berkongsi post tentang penyimpanan makanan. Ini satu perkongsian yang amat bagus. Setiap orang perlu tahu asas tentang keselamatan makanan untuk diamalkan dan juga supaya dapat membuat penilaian sendiri di premis makanan di luar.

    Bagi pengusaha premis makanan, kita perlu lebih peka dan berhati-hati kerana pelanggan hari ini lebih berinfomasi dan memerhati kelemahan kita.Kalau pelanggan tak buat laporan kepada KKM sekalipun, pelanggan itu mungkin tak akan masuk lagi ke premis kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan