Sila Like

ARAHAN PENUTUPAN BAZAR RAMADHAN

Arahan penutupan bazar ramadhan
    Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan hari ini telah mengeluarkan arahan penutupan Bazar Ramadhan kepada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Arahan ini berikutan laporan daripada Hospot Identification by Dinamic Engagement (HIDE) berkenaan ancaman penularan covid 19.

    Penutupan ini berkuatkuasa pada hari Sabtu, 1 Mei 2021. Para peniaga pastinya buntu dengan penutupan ini terutamanya yang telah menyimpan bahan mentah untuk jualan selama sebulan.






    Bagi pengguna pula, penutupan bazar ini pastinya memberi kesan terutamanya yang bekerja dan tidak bekesempatan memasak sendiri di rumah.

    Bagi yang selalu bebelanja di bazar, sila pastikan bazar pilihan anda tidak tersenarai di bawah. Jangan sia-siakan masa anda untuk pergi ke bazar yang telah ditutup.
    Bagi pengusaha kantin sekolah yang turut berniaga di bazar Ramadhan, berita ini menambah derita dengan situasi perniagaan di kantin sekolah yang banyak merugikan pengusaha. Semoga kita dikurniakan ketabahan untuk mengharungi kepayahan ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan