Sila Like

BANTUAN UNTUK PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH DI SELANGOR

Berita baik untuk semua pengusaha kantin sekolah di Selangor yang beragama Islam sahaja. PPKSM sedang mengusahakan bantuan tunai daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada semua ahlinya yang terjejas akibat covid 19.

Bantuan yang sedang diusahakan ini akan memberi manfaat kepada semua pengusaha kantin sekolah di negeri Selangor bukan saja sekolah di bawah KPM, malah terbuka untuk sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga sekolah swasta. 

Pemohon mestilah beragama Islam dan dalam keadaan yang memerlukan bantuan zakat. Walaupun semua pengusaha kantin sekolah mengalami kerugian yang teruk, ada juga segelintir pengusaha kantin yang mempunyai sumber pendapatan lain seperti kantin kilang, restoran dan lain lain. Sekiranya pendapatan lain itu masih mampu untuk meneruskan kehidupan dan membayar semua komitmen, maka pengusaha kantin itu tidak dianggap sebagai asnaf sementara dan dinasihatkan supaya tidak memohon.

Untuk menghantar permohonan ini, kami perlu mengumpul data semua ahli PPKSM di Selangor untuk dihantar kepada MAIS. Ini membolehkan MAIS meneliti dan mempertimbangkan bantuan kepada ahli PPKSM. Penerima bantuan daripada JAIS, Baitumal dan mana mana badan berkaitan MAIS mungkin akan ditapis

Bagi yang ingin memohon, anda perlu mengisi google form di sini. Borang ini perlu dihantar selewat lewatnya pada hari Sabtu 10 Julai 2020. 

Anda juga dikehendaki mendaftar sebagai ahli PPKSM sebelum permohonan anda diproses. Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat di sini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menggunakan whatsapp di talian
   En Hamzah         019 387 1794   (Presiden PPKSM)
   En Khairuddin   014 334 4455
   Pn Siti Normah  019 281 1034   (SU PPKSM)

Catat Ulasan

0 Ulasan