Sila Like

KEPUTUSAN TENDER KANTIN LEWAT

tender kantin sekolah
Borang tender kantin sekolah

    Saya mendapat perkhabaran, ada sahabat-sahabat saya baru mendapat jawapan keputusan tender kantin sekolah hari ni. Tahniah pada yang berjaya. Pada yang tak berjaya, harap bertabah. Inilah realiti bagi perniagaan yang bergantung pada tender.


Terpaksa dilelong murah

    Namun saya agak kasihan dengan nasib penender sedia ada yang gagal memperbaharui tender. Tak dapat sambung tender tu lumrah bagi semua pengusaha kantin. Tetapi mengapa terlalu lewat pengusaha kantin sedia ada dimaklumkan?

    Menerima notis yang terlalu lewat begini, pengusaha tersebut terpaksa memindahkan barang-barang peralatan perniagaannya secara tergesa-gesa untuk memberi laluan kepada pengusaha baru. Nak simpan di rumah, majoriti pengusaha kantin tidak memiliki rumah sebesar gudang. Nak mencari pembeli, masa terlalu suntuk untuk rundingan harga. Kesudahannya, aset berharga tu terpaksa dilelong dengan harga yang terlalu murah.

    Sepatutnya pihak pentadbir sekolah perlu lebih bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Memberi notis awal bermaksud, memberi peluang untuk pengusaha kantin yang tidak dapat menyambung kontrak menguruskan penyimpanan atau penjualan barang-barang perniagaannya dengan lebih teratur. Ini akan memberi pengusaha kantin peluang untuk mendapatkan harga terbaik sesuai dengan nilai aset-asetnya. Sekiranya diberikan sedikit masa, kerugian sia-sia ini boleh dielakkan.

    Setiap tahun kes begini berlaku walaupun saya difahamkan, sebenarnya keputusan telahpun dibuat awal tapi sengaja diumumkan lewat. Entah mengapa perkara yang sebegini mudah disusahkan. Apakah menjadi suatu keseronokan melihat orang lain kelam kabut dan mengalami kerugian?

    Saya amat berharap ada pentadbir sekolah yang sudi tampil memberi jawapan kepada persoalan ini.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sy pun dapat keputusan gagal sambung tender 3/12/2020. Sebelum ni byk kali sy follow up dengan pkhem n pengetua tp diorang cuma ckp insyaallah dapat kalau ada rezeki.
    Yg sedihnya pengetua cuma beri saya masa 5 hari untuk saya berkemas dan keluarkan semua barang saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy bersimpati dengan nasib tuan. Ini bukan perkara baru dan bukannya susah untuk memudahkan urusan pengusaha kantin. Tp ramai pentadbir sekolah suka membiarkan kita tertanya tanya

      Padam

Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.