Sila Like

AMANAT PRESIDEN PPKSM UNTUK PENGUSAHA YANG BARU MENDAPAT TENDER KANTIN

    Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia baru memberi peringatan kepada semua pengusaha kantin terutamanya penender yang baru sahaja berjaya mendapatkan tender kantin baru. Isu yang dah berlarutan sekian lama ni wajar direnungi oleh setiap pengusaha kantin dan bakal pengusaha kantin.

AJK PPKSM

    Setiap tahun pasti ada kes sebegini. Ada segelintir pengusaha kantin yang gagal memperbaharui kontrak 'meroyan'. Kebiasaannya isu yang dibangkitkan ialah modal yang dilaburkan untuk menaik taraf kantin selama tempoh perkhidmatannya. Ada yang memaksa operator kantin yang baru membayar balik segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Sekiranya enggan, mereka bertindak mensabotaj dengan cara merosakkan binaan yang telah dibuat.

    Perlu diingatkan, segala pelaburan menaiktaraf kantin yang dibuat oleh pengusaha kantin atas keperluan pengusaha kantin itu sendiri. Beban kewangan untuk memenuhi keperluan sendiri itu tidak patut diletakkan pada bakal pengusaha baru. Pengusaha baru pula keperluannya mungkin berbeza. Dia juga akan menaiktaraf kantin bersesuaian dengan bajet dan anggaran pendapatan semasa. Bukan ditentukan oleh pengusaha lama.


Peraturan turut dijelaskan dalam kontrak

   Rasanya semua pengusaha kantin sedar peraturan mengubah struktur kantin sepertimana yang tertera dalam perjanjian penyewaan kantin. Sekiranya pengusaha kantin ingin mengambil semula peralatan atau binaan yang telah dibuat setelah kontraknya tamat, perlu dipastikan perbuatan itu tidak merosakan struktur asal kantin dan tidak mencacatkan pemandangan. Segala sisa bahan binaan juga perlu dibuang dengan sempurna.
    
Screenshot mesej daripada presiden PPKSM

    Amanat Encik Hamzah Bin Omar, presiden Persatuan Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) dalam 'whatsapp group PPKSM' ini amat bertepatan dengan isu yang sedang melanda sempena musim pertukaran operator kantin ini.

Presiden PPKSM
Presiden PPKSM


Catat Ulasan

0 Ulasan