Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Persatuan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (PEKDIS) cawangan negeri Selangor akan melaksanakan agihan fidyah di negeri Selangor.
Bantuan yang bakal diagihkan ini adalah 100% daripada kutipan pembayar fidyah di Selangor melalui MAIS. Bantuan ini disasarkan kepada asnaf dan fakir miskin yang bukan penerima bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor. Begitu juga dengan golongan asnaf/miskin sementara akibat covid 19. Golongan asnaf sementara ini termasuk pengusaha kantin dan juga pekerja kantin.
Sesiapa yang berminat untuk memohon, sila isikan borang online ini 20 Disember 2020. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Ismail Bin Jaapar, setiusaha PEKDIS Cawangan Selangor di 03-55101913 atau 013-2020804.
2 Ulasan
Tq 4 info
BalasPadamTerkesan akibat covid... Sumber pendapatan pun tiada
BalasPadamPihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.