Idea penggunaan e-tunai atau lebih dikenali sebagai e-wallet di sekolah bukanlah sesuatu perkara baru. Sejak tahun 2005 lagi sudah ada sekolah yang mencuba pelbagai cara untuk menggantikan penggunaan wang tunai fizikal. Namun penggunaan sistem cashless itu tidak meluas kerana kekangan teknologi yang belum begitu canggih ketika itu.
Setelah teknologi digital berevolusi dengan begitu pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa syarikat e-wallet seperti Touch n Go, GrabPay dan Boost menawarkan sistem pembayaran tanpa tunai yang mudah dan cekap. Penggunaannya juga meluas boleh digunakan di mana-mana sahaja.
Antara sistem terawal di Malaysia |
Namun untuk kegunaan di sekolah, sistem e-wallet ini perlu dihadkan kepada penggunaan di dalam sekolah sahaja. Ini penting untuk mengelakkan penyalahgunaan wang saku untuk kegunaan lain seperti membeli rokok dan sebagainya. Penggunaan e-wallet secara terhad juga dapat mengatasi penjualan makanan di luar pagar yang sukar dibendung oleh pentadbir sekolah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan PBT). Tanpa wang yang boleh digunakan di luar sekolah juga dapat mengurangkan kes ponteng sekolah.
Penyalahgunaan wang saku untuk membeli rokok |
Applikasi e wallet di sekolah juga perlulah menyediakan kemudahan untuk pemegang akaun (ibubapa) memantau perbelanjaan anak mereka di sekolah. Ibubapa perlu boleh meletakkan had penggunaan harian perbelanjaan anak mereka. Ibubapa juga patut diberi kemudahan melihat rekod pembelian anak mereka di sekolah.
Contoh applikasi yang memenuhi kehendak kantin sekolah
Menyedari pentingnya penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai di sekolah beberapa syarikat telah membangunkan applikasi yang memenuhi keperluan ini. Malah beberapa fungsi baru baru ditambah seperti sistem e-Kehadiran dan banyak lagi dalam satu kad.
Menyusun wang sebegini banyak menghabiskan masa |
Di pihak kantin sekolah dan kedai buku pula, penggunaan e-wallet ini dapat mengurangkan risiko kehilangan wang jualan, menjimatkan masa menyusun duit dan menjimatkan masa untuk memasukkan duit jualan ke dalam akaun bank. Untung rugi perniagaan juga dapat direkodkan dengan baik. Ini dapat meningkatkan lagi kecekapan perniagaan dan seterusnya meningkatkan keuntungan.
Di pihak kerajaan pula rekod kewangan perniagaan yang teratur dapat memudahkan peniaga membayar cukai pendapatan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN.
Walaupun ada kerisauan tentang masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan wang atas talian seperti gangguan internet, e-wallet masih mempunyai banyak kebaikkan yang kita tak boleh ketepikan. Kita perlu sentiasa memacu sistem penjualan dan pembayaran di sekolah ke tahap yang terkini.
0 Ulasan
Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.