Kluster pendidikan semakin membimbangkan |
Angka ini amat membimbangkan kerana kemungkinan sekolah akan terus ditutup setelah bercuti Hari Raya selama 5 minggu amat tinggi. Sekiranya ini berlaku murid-murid akan menjalani PdPR di rumah. Ini akan menyebabkan keciciran pelajaran yang amat teruk di kalangan murid-murid. Lebih membimbangkan, murid-murid yang tidak mempunyai kemudahan peranti internet. Lebih memburukkan keadaan, 150,000 laptop dan tablet percuma yang dijanjikan kerajaan pada Februari 2021 hanya 1000 buah sahaja yang telah diagihkan.
Hanya 1000 buah yang berjaya diagihkan |
Penutupan sekolah juga bermakna 10,200 pengusaha kantin dan lebih 100,000 pekerja kantin akan kehilangan pendapatan. Kerugian ini juga akan memberi kesan pada rantaian perniagaan pembekalan makanan ini seterusnya memberi kesan yang amat teruk pada ekonomi negara.
Menterian Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin perlu bertindak bukan saja menjaga keselamatan murid-murid dan guru tetapi juga melindungi kepentingan semua pihak termasuk ibubapa, pengusaha kantin, pengusaha kedai buku, pengusaha bas sekolah dan lain-lain pihak yang bergantung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kegagalan melindungi semua pihak akan menyebabkan kemarahan rakyat dan Menteri Pendidikan perlu mempamerkan kebijaksanaan menangani isu ini. Jangan gunakan alasan tiada pengalaman kerana isu ini telah berlarutan sejak tahun lepas lagi (rujuk di sini).
0 Ulasan
Pihak E Kantin tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca. Pembaca dinasihatkan tidak menggunakan kata kata yang tidak sopan, tidak menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, tidak menghina mana mana individu/institusi/komuniti.