Sila Like

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Ketua pengarah pelajaran malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia baru saja mendapat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang baru. Jawatan ini kini secara rasmi disandang oleh Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid. Tahniah diucapkan.

Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid ini merupakan insan hebat yang berkebolehan tinggi di KPM. Beliau sentiasa komited dan berdedikasi dalam menggalas tugas yang diamanahkan. 

Kecemerlangan beliau mendapat pengiktirafan apabila dilantik menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia pada 6 Mei 2020. 6 bulan kemudiannya beliau sekali lagi dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) pada 9 November 2020. Terkini, Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid ditabalkan menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 22 Jun 2021.
Isteri menteri pendidikan
Satu pencapaian yang sangat mengkagumkan

Naik pangkat setiap 6 bulan di sesebuah kementerian adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku namun ia bukanlah mustahil. Dengan kebolehan, semangat dan dedikasi serta kebetulan ada kekosongan jawatan, perkara hebat seperti ini boleh berlaku. Isteri kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba ini berjaya membuktikan usaha dan kerja kerasnya selama ini diiktiraf oleh KPM.

Diharapkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru ini dapat membawa KPM ke tahap yang lebih tinggi. Masalah masalah berkaitan dengan kantin sekolah yang telah berlarutan sekian lama juga diharap dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Saya juga amat mengharapkan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) diberi perhatian sewajarnya KPM selepas ini.

Semoga dengan kepimpinan baru ini memberi 1 lembaran baru yang lebih harmonis antara warga KPM dengan pengusaha kantin.

Catat Ulasan

0 Ulasan