Sila Like

BANTUAN PRIHATIN RMT

    
    Saya mendapat berita dari rakan-rakan di PPD dan KPM tentang kewujudan usaha untuk memberi bantuan kepada semua murid penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan juga kepada semua pembekal RMT. Inisiatif ini dinamakan sebagai Bantuan Prihatin RMT.

    Menurut berita yang saya terima, usul ini telahpun diluluskan diperingkat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia. Pegawai PPD juga telah digerakkan untuk mengumpul data pembekal RMT daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GKP-HEM) di kawasan masing-masing. Namun usaha ini masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

    Sekiranya usaha ini berjaya, semua murid penerima RMT akan mendapat bantuan secara 'one off' sebanyak RM75.00 seorang. Setiap pembekal RMT pula bakal mendapat bantuan sebanyak RM1,500.00 juga secara 'one off'.

    Walaupun usaha ini masih belum tahu kesudahannya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan usaha ini. terima kasih atas keprihatinan anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan