Berita baik untuk semua pengusaha kantin di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Kewangan telah bersetuju memberikan bantuan kewangan secara 'one off' kepada pengusaha kantin sekolah.

Berdasarkan surat rasmi daripada Ketua Setiausaha KPM bertarikh 9 Disember, semua pengetua dan guru besar diminta menyalurkan bantuan berjumlah RM1,500 daripada akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) kepada pengusaha kantin selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.
Namun Bantuan Prihatin RMT berjumlah RM1,500 seperti yang saya laporkan pada 11 Disember 2020 tidak berjaya.

Walaupun bantuan ini tidak setimpal dengan kerugian akibat covid19 dan cara kerajaan menanganinya, kami pengusaha kantin tetap bersyukur dan berterima kasih dengan keperihatinan KPM.